

THE BIGGEST 4VS4 STREET SOCCER
Competition To Hit Ledang
Street Soccer Match!!
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
LEDANG’s STREET SOCCER CHALLENGE 2018.
1. PERATURAN PERTANDINGAN
i). Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang yang diperuntukan oleh FIFA dan persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
ii).Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan adalah diputuskan seperti berikut :
a).Semua kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM KEJOHANAN yang dipersetujui oleh jawatankuasa penganjur.
b).Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa penganjur berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak (FAM) Dan Undang-Undang Permainan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.
>> Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak MEMINDA PERATURAN- PERATURAN TAMBAHAN. Selaras dengan matlamat penganjur kejohanan tersebut.
2. PENDAFTARAN ATAU PENYERTAAN PEMAIN DAN PEGAWAI
- Setiap pasukan mestilah terdiri daripada :
i). Seorang pengurus pasukan
ii).Setiap pasukan mempunyai maksimum 6 orang yang terdiri daripada 4 orang pemain utama dan 2 orang pemain simpanan
-
Semua pemain dikehendaki membawa kad pengenalan pada hari pertandingan.
-
Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.
-
Senarai pemain yang disahkan untuk kejohanan ini layak bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan yang diwakili pemain tersebut akan disingkirkan terus daripada kejohanan.
3. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN
-
Pasukan akan diundi dalam kumpulan dengan maksimum lima (5) pasukan dalam setiap kumpulan.
-
Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan. (Peringkat Awal)
-
Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat pusingan kedua kalah mati.
4. PERATURAN PERTANDINGAN
>>Memulakan Pertandingan
Sekiranya kurang daripada empat (4) orang pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai empat (4) orang pemain di dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.
>>Waktu Bermula Sesuatu Perlawanan.
i). Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi.
>>Penggantian Pemain.
i).Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
-
Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :
-
Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
-
Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi
-
>>Tempoh Masa
i).Tempoh masa perlawanan adalah 5 minit / 1 minit / 5 minit (Running Time).
>>Kelewatan
i).Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya empat (4) orang pemain selepas lima (5) minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover).
ii).Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan jaringan 3 – 0 dan diberikan tiga (3) mata.
5. PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI
i). Semua pasukan wajib mendaftar sekurang-kurangnya satu (1) set jersi
ii). Jika berlaku persamaan warna jersi pihak penganjur akan membuat keputusan mengenainya.
iii). Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan, seluar yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai “shin guard”.
iv). Hanya kasut street soccer/futsal dan bersesuaian sahaja dibenarkan. Penggunaan ‘boot’ sama sekali tidak dibenarkan.
6. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
i).Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah kelaur gelanggang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga (3) orang pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
ii).Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.
iii).Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan seterusnya. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan seterusnya.
iv).Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.
v).Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan dijalankan.
vi).Pengurus / Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan pasukan masing-masing.
7. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS
i). Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada mata bagi pasukan yang kalah.
ii). Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut :-
a). Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
b). Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama .
c). Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
d). Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang, jika seri :
e). Tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang secara SUDDEN DEATH secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.
iii).Dalam pusingan kalah mati atau perlawanan akhir, penentu pemenang adalah mengikut hirarki seperti berikut :
a).Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri :
b).Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan sepenuh masa, tiga (3) sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
c).Jika masih seri, satu sepakan penalti secara SUDDEN DEATH akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
8. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI MENYERAH KALAH / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
i. Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.
ii. Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walaupun telah layak untuk ke pusingan kalah mati.
iii. Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :
a).Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguhkan kerana sebabsebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan perlawanan atau sebab-sebab teknikal, maka jawatankuasa penganjur hendaklah membuat keputusan yang mana keputusannya adalah muktamad.
b).Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pengawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga(3) mata dengan jaringan 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.
iv. Menarik diri / memberi kemenangan percuma
a).Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk permainan bagi satu perlawanan atau gagal menurunkan minimum empat (4) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau
b).Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau :
c).Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau ;
d).Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan jawatankuasa panganjur, pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.
9. RAYUAN DAN BANTAHAN
i).Pasukan-pasukan yang ingin melakukan bantahan disyaratkan melakukan sedemikian secara bertulis tidak melebihi 20 minit selepas tamat perlawanan yang dipertikaikan bersama yuran bantahan sebanyak RM300.00. Seandainya syarat tersebut gagal dipatuhi, maka bantahan tersebut tidak akan dilayan. Jika menepati syarat, bantahan tersebut akan dikaji bagi tindakan lanjutan jawatankuasa penganjur. Keputusan yang diambil oleh jawatankuasa penganjur berikutan penerimaan bantahan adalah MUKTAMAD.
ii).(NOTA –Jawatankuasa penganjur tidak akan melayan bantahan berkenaan pegawai perlawanan dan padang permainan.)
10. HAL-HAL LAIN
i). Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukan di bawah peraturanperaturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh jawatankuasa penganjur dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
ii). Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak jawatankuasa penganjur.
iii). Jawatankuasa penganjur berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan undang-undang perlawanan secara serta merta.
